Monday 27 March 2017

China,Australia dan Hong Kong

Pelabur China muncul sebagai pelabur hartanah terbesar diMalaysia dengan urusniaga lengkap bernilai AS$2.1 bilion(RM9.25 bilion) dalam tempuh tiga tahun yang lalu.Menurut Real Capital Analytics Malaysia muncul sebagai destinasi pilihan bagi pelabur China yang mencari alternatif lebih murah berbanding Australia dan Kong Kong.

Sunday 26 March 2017

Shikin,kucing dan anjing

Kisah Norashikin, 24 Atau lebih dikenali SEBAGAI Shikin Mula Mendapat Perhatian netizen apabila gambarnya menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh dalam sebuah longkang, Menjadi Tular Berbilang Minggu lalu.Walaupun menerima pilkada kecaman daripada Masyarakat Sekeliling, IA TIDAK mematahkan semangat Norashikin Ahmad Untuk Terus menyelamatkan dan Memberikan Perlindungan Kepada Kira-kira 150 ekor kucing dan 50 anjing terbiar.

Friday 17 March 2017

Pekerja,bagasi dan penerbangan lewat

Perubahan jadual kerja baharu syarikat terbabit yang menyebabkan jumlah pekerja mereka tidak mencukupi untuk menguruskan bagasi penumpang pada hari ini,” katanya Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali. Ekoran itu, katanya, ia menyebabkan kelewatan 40 hingga 50 penerbangan pagi.Menurutnya, AeroDarat Services dipertanggungjawabkan mengendali bagasi penumpang bagi lebih 30 syarikat penerbangan, manakala syarikat penerbangan lain diuruskan KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS).

Thursday 16 March 2017

Kopi najis gajah

Dipergunungan wilayah Mae Tang,diutara Thailand hasil kumuhan sekawan gajah dikem itu,menghasilkan kopi yang lembut dan penuh berperisa.Kopi eksotik kumuhan gajah ini dijual dengan harga USD 1000 sekilogram atau USD 30(RM132.90 secawan.

Friday 3 March 2017

4.1 juta rakyat

Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Thursday 2 March 2017

Hanya pemandu bodoh akan ......

"Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui."Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.Kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Wednesday 1 March 2017

Mengendalikan Kapal Selam.

Malaysia sedang memperincikan kerjasama ketenteraan dengan Arab Saudi dalam pelbagai aspek termasuk kemungkinan melatih anggota tentera laut negara teluk itu dalam kemahiran mengendalikan kapal selam.“Persefahaman bagi latihan kepada anggota Tentera Laut Arab Saudi itu sebagai persediaan negara itu menerima armada kapal selam pertama mereka,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...