PUAN Halimah Yacob ialah presiden kelapan Singapura dan juga wanita 
pertama menyandang jawatan itu, selepas beliau mengangkat sumpah dalam 
upacara perasmian khas di Istana pada 14 September. Puan Halimah, 63 tahun,  juga adalah Melayu kedua menjadi Presiden 
Singapura, 47 tahun selepas Presiden pertama Encik Yusof Ishak 
meninggalkan pejabat itu.Disaksikan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan ahli keluarga 
lain,  Menteri Kabinet, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Hakim Negara 
Sundaresh Menon dan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin, Puan Halimah 
mengangkat sumpah sebagai presiden di Bilik Negara di Istana, kemuncak 
upacara perasmian itu.

No comments:
Post a Comment