Wednesday, 28 December 2016

RM3,000 hingga RM4,000

Penurunan nilai ringgit menyebabkan makanan import semakin mahal, tetapi pendapatan rakyat tidak berubah, contohnya 60% penjawat awam ialah golongan miskin kerana gaji RM2,000 ke bawah, manakala mereka yang bergaji RM3,000 hingga RM4,000 menjadi golongan berpendapatan rendah.kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Tuesday, 27 December 2016

Melayu dan Bahasa

Orang Melayu dipercayai mula datang ke Afrika Selatan sekitar tahun 1600 dan dianggarkan 200,000 orang Melayu tinggal di Afrika Selatan yang mana kebanyakan mereka menetap di Cape Town dan Johannesburg.Faktor peredaran masa, globalisasi dan persekitaran setempat membuatkan bahasa Melayu semakin lenyap di bibir masyarakat Melayu terutama generasi muda di Afrika Selatan.DiCape Town, hanya tredapat dua orang, kedua-duanya berusia lebih 80 tahun, fasih bertutur dalam bahasa Melayu.pada hari ini,(foto-Hong Kong)

Rasuah dan beramal

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak
mengeluarkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya beramal.Harussani berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan itu.

Wednesday, 14 December 2016

Menyekat 5,044

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 5,044 laman sesawang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sejak 2015 sehingga Oktober tahun ini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata daripada jumlah itu, 4,277 merupakan laman sesawang berunsur lucah, jelik dan mengancam keselamatan, manakala 767 lagi memaparkan unsur perjudian, pelacuran, penipuan, cetak rompak, produk palsu, ubat tidak berdaftar dan lain-lain.free malaysia today-

Thursday, 8 December 2016

Penghulu dan Yayasan 1MDB

Berita gembira untuk penghulu di seluruh negara yang belum mengerjakan haji.Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun kelima Islam di Makkah.Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci.

Wednesday, 7 December 2016

SAR2,000 atau RM2,150

Perubahan utama didalam struktur kadar baharu itu ialah kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi kemasukan kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran SAR 2,000 atau RM2,150.Fikir-fikirkan.

Tiada kerusi

Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Tun Dr.Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).Jemputan Tun Dr Mahathir ke majlis agong dibatal, kerusi tidak disedia

Monday, 5 December 2016

Harga Perodua

Perodua sedia mengkaji semula nilai pasaran harga keretanya sekiranya ringgit terus lemah berbanding mata wang utama dunia.Ini kerana transaksi pembuatan kereta itu dilakukan menggunakan dolar AS dan Yen Jepun..Jika ringgit terus lemah berbanding dolar AS, terdapat kemungkinan untuk mengkaji semula harga kereta kami tahun depan.Kata .Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Aminar Rashid Salleh

Saturday, 3 December 2016

Kehebatan PM

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid mendakwa kehebatan Malaysia di mata dunia luar adalah kerana adanya pemimpin hebat bernama Datuk Seri Najib Razak.
Rizuan berkata kehebatan perdana menteri itu juga telah membuka hati putera Arab Saudi untuk mendermakan kekayaannya kepada Malaysia.

Friday, 2 December 2016

70 tahun atau 75 tahun

Bekas menteri undang-undang Tan Sri Rais Yatin mencadangkan usia persaraan hakim patut dilanjutkan seperti negara-negara maju.Tempoh itu dilanjutkan daripada 66 tahun pada masa sekarang kepada 70 atau 75 tahun.Fikir-fikirkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...