Sukacita saya isytiharkan hari Isnin 4 September sebagai cuti umum sempena kejayaan kita menjuarai SukanSEA 2017.Moga dapat dimanfaatkan.-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak -
Wednesday, 30 August 2017
Friday, 25 August 2017
White House 12 September
Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Amerika Syarikat(AS) akan campur tangan dalam pilihan raya umum ke14(PRU14).Beliau berkata demikian susulan laporan mengenai pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Donald Trump yang dijadualkan berlangsung diWhite House pada 12 September ini, ketika Jabatan Kehakiman AS(DoJ) berusaha merampas harta dan aset mewah yang dibeli menggunakan dana dicuri daripada syarikat milik Kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib.
Thursday, 24 August 2017
Kata pakar ekonomi
Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur(ECRL) dibuat semata-mata untuk membawa kargo dan penumpang dan disifatkan tidak masuk akal oleh seorang pakal ekonomi termuka Prof Jomo Kwame Sundaram dari Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa(ISIS).Ia berkata ECRL hanya menambah hutang negara.Jomo berkata muatan kargo tidak perlu diangkut menggunakan kereta api kelajuan tinggi."Jadi ia untuk siapa?".Adakah orang akan datang kerja dari Kuantan dan Kelantan ke Kuala Lumpur setiap hari?
Tuesday, 22 August 2017
"Menyerang"
Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia,Datuk Shahaimi Othman hari ini membunyikan semboyan perang dan menggesa kampung seluruh Malaysia "menyerang" segala fitnah yang didakwa dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keatas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saturday, 19 August 2017
Denda RM150 atau RM2,000
Pesalah trafik yang dikenakan saman menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) sejak 15 April lepas digesa menjelaskan saman tersebut bagi mengelakkan tindakan mahkamah.Pelaku kesalahan akan dikenakan kompaun RM150 dan jika gagal untuk membayar dalam tempoh tertentu,tindakan mahkamah akan diambil dan denda RM2,000.Lebih baik bayarlah kompaun itu.Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan(JPJ),Datuk Nadzi Siron.
Friday, 18 August 2017
54,103 menganggur
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Idris Jusoh berkata seramai 54,103 lepasan universiti menganggur dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian nasing-masing pada tahun lepas.Pengarah Eksekutif MEF,Datuk Shamsuddin Bardan berkata keadaan ekonomi yang lembap memaksa syarikat swasta berhenti mengambil pekerja baru menyebabkan pertambahan graduan yang menganggur.
Saturday, 12 August 2017
RM10 semalam
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk Seri Nazri Aziz berkata,rakyat Malaysia akan dikecualikan membayar cukai pelancongan bagi semua kategori hotel manakala cukai terhadap pelancong asing akan dikenakan pada kadar RM10 semalam bagi sebilik mulai 1 September 2017.Setakat ini 4,000 hotel dan premis penginapan berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Wednesday, 9 August 2017
Senyum sahaja
Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu.Didakwa mencuri,dibukti mencuri - tak mengapa.Dunia panggil mereka pencuri,perasuah,penyangak - tak apa senyum sahaja kerana perbuatan mereka,negara mereka dihina,dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuah - pun tak mengapa.Kata-kata Dr Mahathir
Monday, 7 August 2017
Geely Boyue
Rata-rata anggota parlimen BN dan pembangkang hari ini kagum dan teruja melihat reka bentuk kereta Geely dengan model Boyue buatan China yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada 2018.
Subscribe to:
Posts (Atom)