Monday, 30 January 2017

Jam 5.55 pagi

KOTA BHARU - Dua mayat remaja lelaki dijumpai dalam sebuah kereta di Kampung Panchor, di sini, pagi tadi.Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam ditemui dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa oleh orang awam pada jam 5.55 pagi.Tiada kesan cedera pada mayat kedua-dua remaja berusia 18 tahun itu, tetapi terdapat lendir dan cecair keluar dari hidung masing-masing.Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, untuk bedah siasat.

Saturday, 28 January 2017

Mencecah RM10 juta


 Nilai kerosakan harta benda sekolah-sekolah di Kelantan, Terengganu dan Sabah yang dilanda banjir gelombangpertama pada Disember lepas, dianggarkan mencecah RM10 juta."Bagi gelombang kedua banjir, kita menjangka jumlah nilai kerosakan mungkin lebih tinggi berbanding gelombang pertama. Kita akan ambil tindakan serta merta untuk membaiki kesemua sekolah yang terjejas.Kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid

Tuesday, 24 January 2017

Puting

Seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan maut selepas lehernya terjerut tali pengikat puting jenis nilon dipercayai ketika cuba turun dari buaian di rumahnya di Taman Sera, Padang Sera, Kodiang, kelmarin.Tali pengikat puting itu yang dipakaikan pada leher mangsa dipercayai tersangkut pada kain buaian jenis jaring ketika bayi tersebut cuba turun pada ketinggian kira-kira 0.6 meter dari lantai.

Monday, 23 January 2017

Sabtu dan Ahad

Beberapa negeri dijangka mengalami hujan pada sambutan Tahun Baru Cina, Sabtu dan Ahad ini.Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu disebabkan tiupan angin Timur Laut dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam yang dijangka melanda negara pada kedua-dua hari itu.

Friday, 20 January 2017

"U - turn"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengejek Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “U-turn Mahathir”.“Ini Dr Mahathir, Tun Mahathir, 'U-turn' Mahathir.“Saya gelar dia U-turn Mahathir, bukan Tun Mahathir, (dia) selalu, terlalu banyak U-turn...,” katanya sambil mendakwa Mahathir sering bertukar pandangan.

Wednesday, 18 January 2017

Forest City

Apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya. Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah untuk dibangunkan dan dijual.Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua menteri besar dan ketua menteri kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.<malaysiakini 18 Jan 2017>

Monday, 16 January 2017

RM20 dan S$6.40

Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) hari ini mengumumkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki republik itu sama ada melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Feb 2017. Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap kereta yang memasuki Johor mulai 1 Nov 2016.

Saturday, 14 January 2017

Orang kata

Dr Mahathir berkata, tindakan sesetengah individu yang menganggap beliau nyanyuk dan patut mendiamkan diri, sebenarnya berasa terancam dengan kewujudannya.Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dirinya sudah tua, tetapi ia tidak bermakna beliau lemah dari segi mental dan fizikal.

Thursday, 12 January 2017

RM3.4 bilion

Jumlah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat setiap tahun dengan kutipan diperoleh tahun lalu ialah RM3.4 bilion, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
Menteri pendidikan tinggi itu berkata kementeriannya menetapkan sasaran bayaran balik pada 2016 sebanyak RM2 bilion, tetapi PTPTN berjaya mengutip RM3.4 bilion.>freemalaysiatodayjanuary12 2017<

Tuesday, 10 January 2017

Hobi Golf

Penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan seperti permotoran, namun ia perlu dilakukan sebagai hobi tanpa melibatkan pihak berkepentingan seperti kontraktor, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa."Kalau ada kontrator yang ingin belanja atau turut serta, jangan terlibat sama ada permainan golf atau perjalanan ke luar negara,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.<malaysiakini10jan2017>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...