Tuesday 18 July 2017

Memerlukan 7,000 hingga 8,000

Felda menyokong cadangan Felda Global Ventures.Bhd(FGV) untuk mengambil 7,000 hingga 8,000 pekerja asing warga Bangladesh bagi mengatasi masalah kerugian RM2 juta setiap hari susulan kekurangan pekerja mengumpul hasil sawit.

Monday 17 July 2017

Cenderahati dan MRT

Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata bahawa projek Transit Aliran Massa(MRT) adalah "cenderahati"daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat dan negara.

Tuesday 11 July 2017

Kata dan menyebut

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa dihargai oleh pemimpin kaum India yang banyak membantunya.Malah katanya Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam sendiri mengiktiraf sumbangannya."Dan dia (Dr S.Subramaniam) menyebut bahawa saya telah melakukan lebih daripada perdana menteri-perdana menteri sebelum saya termasuk seorang yang keturunannya dari negara India dulu "katanya. Fikir-fikir SIAPA itu?

Sunday 9 July 2017

Seramai 30,200

Seramai 30,200 jemaah haji dari seluruh negara bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini dengan penerbangan pertama dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 24 Julai ini.

Monday 3 July 2017

Bahasa dan Doktor

Mufti Perlis,Datuk Mohd Asri Zainal Abidin mempertikaikan keputusan memberi kelonggaran syarat kelayakan Bahasa Malaysia untuk perlantikan jawatan doktor pelatih kerajaan,dengan menganggapnya satu bentuk ancaman terhadap identiti negara.




Sunday 2 July 2017

Lambat dan cepat

Skandal 1MDB sudah lama berlaku.macam mana boleh siasatan kes yang berlaku dalam negara lebih lambat daripada siasatan diluar negara?Tidak malukah kita?Bukankah ini menghakis keyakinan rakyat?Bila siasatan dalam negara terhadap isu 1MDB akan selesai,bila laporan audit 1MDB akan didedahkan dan bila Jho Low akan disoal suasat?-kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...