Thursday 16 November 2017

Perlahan dan cepat

Makan dan kunyah secara perlahan,membantu melambatkan sindrom metabolik seperti darah tinggi,diabetes,obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.Sebaliknya makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Dua tiga ekor

"Pemimpin dunia menghormati kita.Presiden China,Amerika Syarikat dan perdana menteri lain semua menghormati kita.Yang tak hormat kita hanya satu dua ekor sahaja dalam negara"kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tuesday 7 November 2017

Memalukan dan tiada siasatan

Menteri diJabatan Perdana Menteri,Paul Low berkata bahawa SPRM tidak menyiasat skandal 1MDB kerana pihak kuasa lain sudah menjalankan siasatan.Jawapan SPRM tak boleh siasat 1MDB memalukan, baik tak payah ada SPRM.Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkfli Ahmad sudah memberi amaran pada ahli politik hendak siasat tanpa rasa takut, tetapi bila kita tunggu-tunggu 1MDB tidak hendak siasat,kita telah tunggu dengan lama.Kata Anggota Parlimen Petaling Jaya,Tony Pua.

Saturday 4 November 2017

Lebih daripada dua

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bahawa rakyat Malaysia adalah antara mereka yang memiliki bilangan telefon yang paling tinggi.Kebanyakan kita memiliki lebih daripada dua telefon bimbit,jadi jangan minta telefon bimbit dari UMNO seloroh Perdana Menteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...