Friday 29 September 2017

RM100 sekilogram


"Saya nak bagitahu kepada tuan-tuan sekelian bahawa sayalah yang bertanggungjawab untuk meminta supaya durian dibenarkan dieksport diChina.Apabila saya jumpa pemimpin utama China,saya minta supaya durian diluluskan kemasukannya"Hari ini kita sudah boleh eksport durian keChina.Inilah sebabnya harganya yang lebih tinggi RM100 sekilogram kenegara China.Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Wednesday 27 September 2017

21 dan 24 negara

Malaysia adalah antara 21 negara yang diberi status visa percuma oleh Korea Utara.Ia juga adalah salah satu daripada 24 negara yang mempunyai pejabat kedutaan di Pyongyang.Malaysia secara tradisinya mengekalkan hubungan mesra dengan Korea Utara,walaupun negara ini dipinggirkan oleh sebahagian besar negara maju.

Sunday 24 September 2017

28 peratus

"Sebanyak 165 negara didalam dunia melaksanakan GST.India 28% GSTnya,jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain(merungut)"kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Saturday 23 September 2017

100 kerusi 40 kerusi

Pada pilihan raya umum ke14 akan datang PAS mungkin akan bertanding dilebih 100 kerusi Parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen.Beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah dikawasan bandar berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap parti ini semakin baik dilokaliti bandar.- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan -

Monday 18 September 2017

AS$3 bilion hingga AS$4 bilion

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pengumumannya bahawa dana KWSP AS$3 bilion hingga AS$4bilion akan dilaburkan diAmerika Syarikat dengan berkata keputusan itu"bukan dibuat oleh orang politik,tetapi jawatankuasa pelaburan

Saturday 16 September 2017

Senang tukar berenang

"Kita mesti bagitahu mereka,slogan mereka,kalau DAP menang rakyat senang,kita tukar kepada kalau DAP menang,rakyat berenang"kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran banjir kilat di Pulau Pinang.


Thursday 14 September 2017

Presiden Puan Halimah Yacob

PUAN Halimah Yacob ialah presiden kelapan Singapura dan juga wanita pertama menyandang jawatan itu, selepas beliau mengangkat sumpah dalam upacara perasmian khas di Istana pada 14 September. Puan Halimah, 63 tahun,  juga adalah Melayu kedua menjadi Presiden Singapura, 47 tahun selepas Presiden pertama Encik Yusof Ishak meninggalkan pejabat itu.Disaksikan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan ahli keluarga lain,  Menteri Kabinet, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Hakim Negara Sundaresh Menon dan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin, Puan Halimah mengangkat sumpah sebagai presiden di Bilik Negara di Istana, kemuncak upacara perasmian itu.

Wednesday 13 September 2017

737 dan 789

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan untuk membeli pesawat tambahan bagi syarikat penerbangan negara.Malaysia akan membeli 25 buah pesawat Boeing 737 dan 8 buah pesawat 789 Dreamliner.

Thursday 7 September 2017

Mata

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seorang pemimpin PAS yang menyifatkan satu undi kepada Pakatan Harapan(PH) seperti satu undi kepada DAP. Sebaliknya kata pengerusi Pakatan Harapan(PH) memberi undi PAS sebenarnya memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Monday 4 September 2017

Bukan dari langit

Kalau semua nak tambah peruntukan,duit bukan datang dari langit.Kita perlu hasil untuk negara,sebab itu kita laksanakan GST
(Cukai Barangan dan Perkhidmatan).Kalau kita hapus GST yang banyak digunakan untuk membiayai keperluan rakyat,apa lagi boleh kita buat?.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Friday 1 September 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...