Monday 11 December 2017

Dagangan Forex

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Bank Negara Malaysia hilang lebih banyak wang dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menerajui negara.Mahathir mendakwa kehilangan wang dibawah Najib berjumlah AS$39.621 bilion(RM161bilion) berbanding ketika era beliau yang menyaksikanBank Negara rugi RM31 bilion dalam pasaran perdagangan mata wang asing forex dalam usaha mengurus rizab negara.

Friday 8 December 2017

Baltulmaqdis

Memandangkan dunia Islam dikurniakan dengan minyak dan gas,ia merupakan satu-satunya "senjata" praktikal yang perlu digunakan terhadap Amerika Syarikat,kata Bendahari Agung MIC,Datuk Seri Vell Paari.Urus niaga boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.Mencadangkan berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat(USD) sebagai tindak balas terhadap AS mengisytiharkan Baltulmaqdis sebagai ibunegara Isreal.

Tuesday 5 December 2017

Murah tiada nilai

Sahabat.Ada sahabat dia macam garam.Nampak kecil dan putih atau kuningan.Harga pun murah macam tiada nilai.Tapi bila sahabatku garam tidak ada dalam masakan apa pun,maka jadi huru-hara.Tidak sedap dan tawar.Sahabat macam ini wajib ada dalam kitaran hidup.

Monday 4 December 2017

Beg AS$3.5

Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$3.5 bilion telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB,dedah Peguam Negara Jeff Sessions.Tindakan itu berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB kata Sessions dalam ucapannya diGlobal Forum on Asset Recovery diWashington DC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...