Monday 11 December 2017

Dagangan Forex

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Bank Negara Malaysia hilang lebih banyak wang dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menerajui negara.Mahathir mendakwa kehilangan wang dibawah Najib berjumlah AS$39.621 bilion(RM161bilion) berbanding ketika era beliau yang menyaksikanBank Negara rugi RM31 bilion dalam pasaran perdagangan mata wang asing forex dalam usaha mengurus rizab negara.

Friday 8 December 2017

Baltulmaqdis

Memandangkan dunia Islam dikurniakan dengan minyak dan gas,ia merupakan satu-satunya "senjata" praktikal yang perlu digunakan terhadap Amerika Syarikat,kata Bendahari Agung MIC,Datuk Seri Vell Paari.Urus niaga boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.Mencadangkan berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat(USD) sebagai tindak balas terhadap AS mengisytiharkan Baltulmaqdis sebagai ibunegara Isreal.

Tuesday 5 December 2017

Murah tiada nilai

Sahabat.Ada sahabat dia macam garam.Nampak kecil dan putih atau kuningan.Harga pun murah macam tiada nilai.Tapi bila sahabatku garam tidak ada dalam masakan apa pun,maka jadi huru-hara.Tidak sedap dan tawar.Sahabat macam ini wajib ada dalam kitaran hidup.

Monday 4 December 2017

Beg AS$3.5

Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$3.5 bilion telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB,dedah Peguam Negara Jeff Sessions.Tindakan itu berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB kata Sessions dalam ucapannya diGlobal Forum on Asset Recovery diWashington DC.

Thursday 16 November 2017

Perlahan dan cepat

Makan dan kunyah secara perlahan,membantu melambatkan sindrom metabolik seperti darah tinggi,diabetes,obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.Sebaliknya makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Dua tiga ekor

"Pemimpin dunia menghormati kita.Presiden China,Amerika Syarikat dan perdana menteri lain semua menghormati kita.Yang tak hormat kita hanya satu dua ekor sahaja dalam negara"kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tuesday 7 November 2017

Memalukan dan tiada siasatan

Menteri diJabatan Perdana Menteri,Paul Low berkata bahawa SPRM tidak menyiasat skandal 1MDB kerana pihak kuasa lain sudah menjalankan siasatan.Jawapan SPRM tak boleh siasat 1MDB memalukan, baik tak payah ada SPRM.Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkfli Ahmad sudah memberi amaran pada ahli politik hendak siasat tanpa rasa takut, tetapi bila kita tunggu-tunggu 1MDB tidak hendak siasat,kita telah tunggu dengan lama.Kata Anggota Parlimen Petaling Jaya,Tony Pua.

Saturday 4 November 2017

Lebih daripada dua

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bahawa rakyat Malaysia adalah antara mereka yang memiliki bilangan telefon yang paling tinggi.Kebanyakan kita memiliki lebih daripada dua telefon bimbit,jadi jangan minta telefon bimbit dari UMNO seloroh Perdana Menteri.

Monday 30 October 2017

Resolusi Melarang

Masa depan industri minyak sawit Malaysia dalam risiko apabila Parlimen Eropah menggiatkan usaha untuk meluluskan reselusi melarang Kesatuan Eropah(EU) mengimport minyak sawit bulan depan.Majoriti minyak sawit yang dieksport keEU digunakan untuk biodiesed.India dan China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia.Kata Marcus Mojigoh, Naib Presiden Persidangan Ahli Parlimen Asia Pasifik tentang Alam Sekitar dan Pembangunan.

Friday 27 October 2017

Tidak puas 18 jam

Syarikat penerbangan United Airlines bakal melancarkan penerbangan tanpa henti paling lama ke atau dari Amerika Syarikat sepanjang 14,001 kilometer yang menghubungkan bandar raya Los Angeles dan Singapyra selama hampir 18 jam.

RM6.8 bilion

Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) sebanyak RM1,200 akan kekal.BR1M telah memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Saturday 21 October 2017

Menggoda dan memikat

MCA berpendapat UMNO dan PAS kini giat saling "menggoda" antara satu sama lain.Semua orang boleh nampak.Dalam keadaan itu kedua-dua parti UMNO dan PAS akan saling memikat antara satu sama lain.Kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...