Thursday 14 September 2017

Presiden Puan Halimah Yacob

PUAN Halimah Yacob ialah presiden kelapan Singapura dan juga wanita pertama menyandang jawatan itu, selepas beliau mengangkat sumpah dalam upacara perasmian khas di Istana pada 14 September. Puan Halimah, 63 tahun,  juga adalah Melayu kedua menjadi Presiden Singapura, 47 tahun selepas Presiden pertama Encik Yusof Ishak meninggalkan pejabat itu.Disaksikan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan ahli keluarga lain,  Menteri Kabinet, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Hakim Negara Sundaresh Menon dan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin, Puan Halimah mengangkat sumpah sebagai presiden di Bilik Negara di Istana, kemuncak upacara perasmian itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...