Friday, 4 November 2016

RM20 juta hingga RM40 juta

Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Mohamad Amin Nordin Abd.Aziz mengambil langkah drastik dengan mempertingkatkan lagi kutipan cukai disekitar ibu negara.Kebiasaannya DBKL mendapat lebih setengah bilion ringgit,sekarang dapat RM20 juta hingga RM40 juta daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan.Namun berbeza kali ini.Kutipan terpaksa diambil bagi menampung kekurangan peruntukan Kerajaan Persekutuan.*malaysiakini*

Wednesday, 2 November 2016

Kos RM4.1 bilion

Projek 1 BestariNet bernilai RM4.1 bilion gagal membantu guru dan pelajar menggunakan internet bagi tujuan pengajaran kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP).Presiden NUTP,Kamarozaman Abd.Razak berkata "kalau 10 pelajar hanya 5 pelajar sahaja yang boleh guna internet".Projek 1BestariNet menghubungkan lebih 10,000 buah sekolah kerajaan dengan kos RM4.1 bilion.*freemalaysiatoday*


Tuesday, 1 November 2016

Kenaikan 15 sen

Kenaikan 15 sen petrol dan diesel yang berkuatkuasa bukan saja membebankan pengguna malah akan dijadikan alasan pihak tertentu menaikkan harga barang.Sehubungan itu kata Setiausaha Agung MTUC N.Gopal Kishnam mendesak kerajaan melindungi harga petrol dan diesel dengan mensubsidinya menggunakan wang kutipan GST yang dilapurkan berjumlah RM30 bilion setakat 19 Oktober 2016.freemalaysiatoday

Monday, 31 October 2016

Hutang kekal terurus

Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategori sebagai negara keberh
utangan sederhana.Hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang kerajaan Persekutuan kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.malaysiakini.


Thursday, 27 October 2016

Panik dan melebehi keperluan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK}Selangor mendapati ada seseetengah peruncit di negeri in terpaksa mengehadkan penjualan minyak masak paket satu kilogram (kg) bagi mengawal kekurangan bekalan terutama menjelang sambutan Deepavali,Sabtu ini.Ini kerana ada pengguna melakukan secara panik dan melebihi keperluan.Kata Pengawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub.-freemalaysiatoday.
.

Tuesday, 25 October 2016

Tiada berpendirian tetap

Dua bekas menteri,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd(1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap kata Ahli Parlimen Tan Sri Shahrir Abdul Samad.freemalaysiatoday.

Sunday, 23 October 2016

Dinaikan kepada RM10,000

Kerajaan memutuskan bahawa hak pinjaman pembelian motosikal untuk penjawat awan akan dinaikan daripada RM5,000 ke RM10,000 ujur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.malaysiakini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...